UTAMA | KOLEJ LIMA BELAS

CARA MEMOHON

Permohonan kemasukan ke UPM bagi pengambilan setiap tahun adalah melalui Aplikasi Dalam Talian (Online Application) yang diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia. 

Pemohon boleh melayari Laman Web http://upu.moe.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai syarat am serta keperluan Khas Program dan seterusnya mengemukakan permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian selepas iklan mengenai disiarkan dalam akhbar utama tempatan.

Universiti Putra Malaysia (UPM) amat menitikberatkan keperluan dan keselesaan pelajar semasanya iaitu pelajar yang sedang menjalankan pengajiannya di UPM. Justeru, UPM menyediakan pelbagai kelengkapan teknologi dan juga kemudahan bagi menjamin keselesaan para pelajar. Selain daripada itu, pelbagai program dan aktiviti bukan akademik dijalankan untuk pelajar semasa agar mereka berasa gembira semasa berada di UPM dan sekaligus dapat menyeimbangkan pencapaian akademik dan pembangunan insaniah untuk kehidupan lestari.

Semua pelajar Kolej Lima Belas digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti yang telah dirancangkan secara tersusun dan berjadual (kalendar aktiviti) pada setiap semester untuk mendapatkan jumlah merit yang ditetapkan supaya layak untuk terus menginap di kolej pada sesi akan datang. Sila rujuk beberapa jadual dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kolej mahupun universiti.

Pusat Alumni (ACUPM) ditubuhkan pada 1 Januari 1999 sebagai Unit Alumni dan telah dinaik taraf menjadi Pusat Alumni pada Januari 2002. Pada 1 Ogos 2003, pejabat ini telah dipertanggungjawab untuk melaksanakan segala aktiviti berkaitan dengan kerjaya untuk pelajar UPM dan telah ditukar nama kepada Pusat Perkhidmatan Kerjaya dan Alumni (PPKA). Pada 1 Julai 2006, Naib Canselor kelima dan Pihak Pengurusan UPM telah bersetuju agar pejabat alumni dipertanggungjawab untuk menjayakan segala program bagi memperkasakan UPM melalui alumninya dan telah menetapkan nama pejabat ini sebagai Pusat Alumni UPM.

Buat masa kini, para alumni boleh mengemaskini maklumat diri di sini DAFTAR ALUMNI.

Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia yang begitu sinonim dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bertaraf dunia. Sebagai ikon kepada Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia, UPM sering merangkul anugerah-anugerah berprestij dalam penyelidikan, teknologi dan inovasi di peringkat antarabangsa sehingga berada di dalam senarai universiti terbaik di dunia.

Kejayaan demi kejayaan membanggakan yang diterima oleh UPM telah menambat minat dan keyakinan ramai pelajar tempatan serta luar negara seperti Perancis, Arab Saudi, Iran dan Australia melanjutkan pelajaran mereka di UPM yang juga terkenal dengan persekitaran alam semula jadi kampus yang menghijau lagi mendamaikan.

Jika anda menggenggam hasrat untuk mengecap kecemerlangan dalam kerjaya serta ingin menimba pengalaman berharga dalam persekitaran yang selesa, aman serta kondusif, UPM amat mengalu-alukan kedatangan anda.

artikel
Marijuana Bantu Rangsang Saraf Otak Mati
Apa perkara pertama yang anda fikirkan setiap kali mendengar perkataan Marijuana atau ganja? Selalunya hukuman gantung sampai mati atau ketagihan antara perkara yang terlintas di fikiran.
China perkenalkan stesen angkasa ‘Istana Surgawi’
Perkenal teknologi dron dalam pertanian padi
Artikel-artikel lain...
berita
Tahniah kepada pemenang Pidato Samba Za'ba
Tahniah kepada pemenang Pidato Samba Za'ba 3.0
pengumuman

Dimaklumkan bahawa sejajar dengan perkembangan teknologi komunikasi maklumat (ICT) pada masa kini, UPM telah menggunakan kad-maya sebagai identiti pengenalan pelajar kepada pelajar baharu sesi 2018/2019 untuk menggantikan penggunaan kad pelajar sedia ada.

Sehubungan itu, setiap pelajar tahun pertama sesi 2018/2019 akan menggunakan Aplikasi Smartphone 
(bagi pengguna Android dan IOS) dan WEB Desktop yang dikenali sebagai PUTRA® Virtual ID (PUTRA®VID) untuk menguruskan pengenalan diri semasa berinteraksi dengan semua kemudahan kampus seperti capaian aplikasi ICT, penggunaan kemudahan infrastruktur, kehadiran, pengesahan warga universiti dan sebagainya.

Inisiatif ini akan melengkapkan kampus  kepada pembangunan aplikasi berteras Internet of Thing (
IoT) yang akan menjadi teras kepada pembangunan Smart Campus.

Tiada tawaran sebutharga.


MAKLUMAT LANJUT: http://etender.upm.edu.my

Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: SPJOnline

aktiviti
ikuti kami
B1566558193